Mayat pertama runtuhan konkrit MRT berjaya dikeluarkan
Astro Awani
Ogos 19, 2014 08:03 MYT
Ogos 19, 2014 08:03 MYT
Mayat pertama daripada tiga mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan konkrit pembinaan projek landasan MRT berjaya dikeluarkan.
Mayat mangsa dikenali sebagai Mohammad Elahi Hossain, 27 tahun pada pukul 2.30 pagi tadi.
Kejadian berlaku kira kira pukul 8.30 malam semalam ketika mangsa berada di atas span konkrit yang sedang dipindahkan.
Span seberat 300 tan itu tiba-tiba jatuh dan kesemua mangsa jatuh dari ketinggian 20 meter sebelum blok berkenaan menghempap mereka.
Tiga jentera bersama 30 anggota bomba dari Sungai Buloh, Taman Tun Dr. Ismail dan Damansara dikejarkan ke tempat kejadian.
Pasukan penyelamat kini masih menumpukan usaha bagi mengeluarkan dua lagi mangsa yang tertimbus.
Struktur span bagi membina landasan MRT terdiri daripada 14 blok konkrit.