Mayat pelancong Perancis yang hilang di Pulau Tioman ditemui

Bernama
September 4, 2014 17:01 MYT
POLIS: Mayat lelaki berusia 24 tahun itu ditemui kira-kira pukul 2.16 petang, 300 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.
Mayat pelancong Perancis, Jerome Philippe Laurent yang dilaporkan hilang sejak Selasa lepas ditemui petang tadi.
Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Jahaya berkata mayat lelaki berusia 24 tahun itu ditemui kira-kira pukul 2.16 petang, 300 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.
"Rakan mangsa juga telah membuat pengesahan ke atas mayat itu dan mayatnya dihantar ke Hospital Rompin untuk dibedah siasat," katanya kepada Bernama.
Lelaki itu dilaporkan hilang selepas melakukan aktiviti snorkeling di hadapan Berjaya Resort Tioman, Pulau Tioman.
#Jerome Philippe Laurent #Perancis #Pulau Tioman #Rompin
;