Mayat pekerja feri jatuh di jeti Kuala Perlis dijumpai

Astro Awani
Februari 1, 2017 13:01 MYT
Anggota JBPM cuba menguruskan jasad mangsa yang ditemui tidak jauh dari lokasi terakhir dia dilihat. - Foto JBPM
Mayat seorang pekerja feri yang terjatuh berhampiran Jeti Kuala Perlis ditemui pada tengah hari Rabu.
Menurut pihak berkuasa, mayat mangsa ditemui tidak jauh dari lokasi kali terakhir dia dilihat.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berkata, mayat Firdaus Mohamad Zulkifli, 20, ditemui tenggelam dalam selut dan hanya ditemui apabila air mula pasang.
Mangsa yang berasal dari Baling, Kedah dipercayai terjatuh ketika bertugas di atas feri pada jam 9.46 malam Selasa lalu.
Kehilangannya disedari rakan setugas yang sebelum itu terdengar bunyi seperti objek jatuh ke dalam air.
Beberapa rakan skuba mangsa telah bertindak menyelam bagi menyelamatkan mangsa namun setelah hampir sejam pencarian dilakukan, tiada sebarang petanda mangsa yang dikhuatiri lemas itu ditemui, lalu mereka menghubungi pihak berkuasa.
#JBPM #jeti kuala perlis #mayat pekerja feri #penyelam skuba #polis
;