Mayat nelayan hilang ditemukan pagi ini, rakan masih hilang

Bernama
Julai 6, 2023 11:54 MYT
Mangsa ditemukan seorang nelayan pada jarak empat batu nautika dari Jeti D Muara, Sungai Haji Dorani pada pukul 9.35 pagi. -Twitter @bernamadotcom
SHAH ALAM: Mayat seorang daripada dua nelayan yang disyaki hilang sejak petang semalam di perairan Sungai Besar ditemukan pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Bomba Selangor Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata mangsa ditemukan seorang nelayan pada jarak empat batu nautika dari Jeti D Muara, Sungai Haji Dorani pada pukul 9.35 pagi.
"Mayat mangsa yang dikenal pasti sebagai Kamarudin Che Om, 65, dibawa ke jeti dan telah disahkan oleh keluarga mangsa yang turut berada di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau rakan mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Mohd Noh Wah, 55 tahun.
"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
-- BERNAMA
#perairan Sungai Besar #nelayan hilang #Sungai Haji Dorani #Kamarudin Che Om
;