Mayat mendiang Claudia dijangka tiba malam ini
Astro Awani
Februari 8, 2013 07:28 MYT
Februari 8, 2013 07:28 MYT
Mayat mendiang Claudia Theophilus, penerbit portal berita Al-Jazeera yang mati akibat terkena tembakan di Lubnan baru-baru ini dijangka tiba malam ini.
Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, mayat mendiang telah dicam oleh adiknya Dora Theophilus di sebuah hospital di Baaklen, Beirut.
Muhammad Khairun berkata permohonan membawa pulang mayat mendiang telah dibuat di mahkamah.
Katanya, mahkamah turut mengeluarkan arahan agar segala barangan kes yang merupakan barangan peribadi mendiang Claudia diserahkan.
Rundingan untuk membawa pulang mayat mendiang telah dilakukan dengan pelbagai pihak berkuasa di Lubnan.
Pihaknya telah menemui pegawai kanan polis Lebanon yang menyiasat kes ini dan segala laporan siasatan berkenaan kes ini diberikan untuk penelitian.