Mayat mekanik dihanyut arus ditemui di atas batu di tengah sungai

Aira Abdul
Disember 30, 2020 16:52 MYT
Mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian jam 11.20 pagi tadi. - Foto Astro AWANI
BENTONG: Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberang Sungai Benus di sini, dua hari lalu ditemui terdampar di atas batu berhampiran tebing sungai berkenaan, hari ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, mayat Tan Kok Meng, 59, ditemui pasukan penyelamat kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian jam 11.20 pagi tadi.
"Berdasarkan keadaan mayat, tiada sebarang kecederaan ditemui dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Bentong untuk bedah siasat," katanya di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam Isnin, mangsa yang juga seorang mekanik dikatakan cuba membantu rakannya mengikat tali pada pokok di seberang sungai bagi menggerakkan jentera penyedut pasir ke tengah sungai.
Bagaimanapun dia hilang dihayutkan arus menyebabkan rakannya segera mendapatkan bantuan sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan.
#lemas #sungai benus #Bentong #dihanyut arus #pasir #terdampar atas batu #polis #Zaiham Mohd Kahar
;