Mayat mangsa lemas di Sungai Muda ditemui

Adie Sufian Zulkefli
Julai 8, 2019 10:33 MYT
Mayat Firdaus Abu Talib ditemui kira-kira 350 meter dari tempat mangsa tenggelam oleh pasukan Bomba dan Penyelamat yang melakukan operasi mencari. - Foto Astro AWANI
Mayat seorang lelaki berusia 34 tahun yang hilang ketika mandi bersama rakannya di Sungai Muda dekat Sidam Kiri, Sungai Petani, Kedah tengahari kelmarin ditemui pagi tadi.
Mayat Firdaus Abu Talib ditemui kira-kira 350 meter dari tempat mangsa tenggelam oleh pasukan Bomba dan Penyelamat yang melakukan operasi mencari.
Pegawai Operasi, Penolong Penguasa Bomba Balai Bomba Tikam Batu, Mohd Shukri Hashim, berkata, operasi mencari mangsa disambung semula pada jam 7.30 pagi tadi.
Katanya, operasi melibatkan 15 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang menyusuri Sungai Muda kemudian menemui mayat mangsa terapung iaitu kira-kira 350 meter dari lokasi mangsa dilapor hilang.
Mayat kemudian di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk bedah siasat.
Dalam kejadian 12 tengahari kelmarin mangsa Firdaus Abu Talib turun kedalam Sungai Muda dan berenang ketengah sungai, namun mangsa tiba-tiba tengelam dan hilang di dalam sungai.
#bomba #hilang #Hospital #Kedah #lemas #mangsa #mayat #Sungai Muda #Sungai Petani
;