BAGAN SERAI: Mayat lelaki dipercayai warga tempatan ditemukan dalam keadaan terapung dan berpakaian lengkap di Sungai Kurau, Jalan Jetty di sini petang tadi.
Mangsa dipercayai berumur dalam lingkungan 30 tahun dan masih belum dikenal pasti identiti berikutan tiada pengenalan diri pada tubuh serta pakaiannya.
Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat, siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur perlakuan jenayah terhadap mangsa.
"Pihak polis terima panggilan telefon daripada seorang lelaki memaklumkan telah menjumpai satu mayat lelaki yang identitinya tidak pasti terapung di dalam Sungai Kurau.
"Hasil temu bual dengan saksi memaklumkan mayat tersebut telah ditemui dalam keadaan terapung dan berpakaian lengkap di tengah Sungai Kurau Jalan Jetty, Bagan Serai.
"Keadaan mayat tersebut tidak dapat dibuat pengecaman kerana tiada pengenalan diri pada tubuh dan pakaian mangsa," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mazuki berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Parit Buntar untuk tindakan selanjutnya.
Tambahnya, proses bedah siasat telah dijalankan pada jam 6.30 petang tadi oleh Pegawai Perubatan Hospital Parit Buntar.
"Ujian saringan COVID-19 telah dilakukan hari ini dan hasilnya negatif.
"Hasil bedah siasat dipercayai mangsa merupakan warganegara Malaysia berumur 30-an.
"Ia kerana terdapat tanda suntikan Bacille Calmette-Guerin (BCG) pada lengan sebelah kiri," katanya lagi.
Beliau berkata, hasil bedah siasat turut mendapati sebab-sebab kematian adalah disebabkan Asphyxia Secondary to Drowning atau mati lemas.
Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Aida Aziz
Tue May 10 2022

Mayat lelaki dipercayai warga tempatan ditemukan dalam keadaan terapung dan berpakaian lengkap di Sungai Kurau, Jalan Jetty petang tadi. - Foto ihsan pembaca
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Polis tahan pekerja ladang bantu siasatan penemuan mayat lelaki
Polis menahan seorang pekerja ladang bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh di sebuah kedai di Bukit Sekilau, semalam.

Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air
Siasatan awal di tempat kejadian menemukan seorang lelaki dalam keadaan terlungkup tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terdampar di Pantai Desaru
Mayat seorang lelaki tempatan tanpa pengenalan diri ditemukan terdampar di Pantai Desaru, pagi tadi.

Mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Klang
Mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Klang berhampiran Pantai Dalam pagi tadi.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Kuala Krai
Identiti, bangsa dan umur tidak dapat dipastikan kerana mayat telah mula mereput serta tiada pengenalan diri ditemukan pada mayat itu.

Mayat lelaki dengan kesan terbakar ditemukan di arau
Mayat lelaki dengan kesan terbakar ditemukan di halaman sebuah rumah di Jalan Jejawi, Arau petang tadi.

Mayat lelaki dibaham buaya ditemui
Mayat mangsa ditemui kira-kira 1 kilometer (km) dari jarak lokasi mangsa dilaporkan hilang pada pukul 10.45 pagi semalam.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.

Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.

Lelaki ditemukan mati dipercayai dibunuh
Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemukan di dalam semak berdekatan pondok bas di tepi jalan KM 10 Jalan Seremban-Port Dickson semalam.