Mayat lelaki jatuh Sungai Korok ditemui 5km dari lokasi
Adie Sufian Zulkefli
Oktober 25, 2020 10:53 MYT
Oktober 25, 2020 10:53 MYT
KUBANG PASU: Mayat seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Korok semalam ditemui lemas hari ini.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, mayat ditemui jam 7.59 pagi tadi di Kampung Budi, kira-kira 5 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.
Ia ditemui terapung oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra sewaktu melakukan pencarian di permukaan air di sepanjang sungai itu.
Setakat ini, identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Mohamadul Ehsan berkata, operasi disertai 14 anggota termasuk enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Jitra.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.36 petang semalam seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Korok.
#Sungai Karok
#lemas
#mayat
#Balai Bomba dan Penyelamat
#BBP
#Jitra
#mangsa
#Sungai
#Mohamadul Ehsan Mohd Zain
#polis
#jatuh
#terapung
#PPDA
#Kampung Budi