Mayat lelaki hanyut ditemukan di bawah Jambatan Tanjung Lumpur

Bernama
April 18, 2017 20:07 MYT
Mangsa dianggarkan berumur lingkungan 40-an dan mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat. Gambar hiasan
Mayat seorang lelaki yang hanyut di Sungai Kuantan dijumpai di bawah Jambatan Tanjung Lumpur di sini, kira-kira pukul 3 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata mayat itu ditemukan oleh orang awam dan pemeriksaan polis mendapati mayat itu berpakaian lengkap dan dipercayai masih baharu.
"Identiti mangsa masih tidak dapat dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai.
"Mangsa dianggarkan berumur lingkungan 40-an dan mayat itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Abdul Aziz berkata setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut akan dilakukan jika keputusan bedah siasat menunjukkan terdapat unsur jenayah. -- Bernama
#ACP Abdul Aziz Salleh #Jambatan Tanjung Lumpur #mayat #polis #Sungai Kuantan
;