Mayat lelaki ditemui di jeti LKIM

Sharom Abu Bakar
April 15, 2018 05:50 MYT
Hasil pemeriksaan lanjut tidak menemui sebarang kecederaan pada badan mangsa dan tiada unsur jenayah. - Astro AWANI
Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terbaring di Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Dungun pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, mayat mangsa yang dikenali sebagai Wan Mohd Wan Arifin, ditemui orang ramai di salah satu jeti pendaratan ikan.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, mangsa yang berusia 41 tahun itu mengalami masalah kesihatan dan sering dilihat di kawasan berkenaan.
Mangsa juga dikatakan baru sahaja mendapatkan rawatan di Hospital Dungun sebelum kejadian.
Hasil pemeriksaan lanjut tidak menemui sebarang kecederaan pada badan mangsa dan tiada unsur jenayah.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
#Baharudin Abdullah #Hospital Dungun #jeti #kompleks perikanan #lelaki #LKIM #mati mengejut #mayat #Wan Mohd Wan Arifin
;