Mayat lelaki ditemui dalam parit di Kota Damansara
Astro Awani
Jun 19, 2015 20:49 MYT
Jun 19, 2015 20:49 MYT
Orang ramai terkejut objek yang berbau busuk merupakan mayat sorang lelaki yang telah kembung di dalam parit di PJU 13 Kota Damansara.
Kejadian ini disedari orang awam yang melalui kawasan terbabit pukul 2 petang tadi.
Pasukan bomba dan penyelamat Damansara dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu mengeluarkan mayat.
Pemeriksaan awal forensik mendapati mangsa yang lengkap berpakaian itu sudah kembong dan berulat.
Polis percaya mangsa mati lebih 48 jam namun punca kematian masih dalam siasatan.
Dokumen pengenalan milik mangsa berusia 40-an itu turut ditemui.
Setakat ini polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan mayat dibawa ke PPUM untuk dibedah siasat.