Mayat lelaki ditemui dalam parit dekat flat Sri San Peng

Bernama
Ogos 15, 2013 01:40 MYT
Mayat seorang lelaki lengkap berpakaian ditemui dalam sebuah parit bersebelahan flat Sri San Peng semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Nor Azman Muhammad Yusuf berkata tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada mayat itu, yang telah reput di bahagian kepala.
"Bagaimanapun, pemeriksaan pada bahagian anggota badan mangsa tidak menemui kesan hentakan atau tikaman," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata mayat itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
#flat Sri San Peng #mayat #Nor Azman Muhammad Yusuf