Mayat lelaki di jambatan Klang dipercayai Nidza Afham - Ketua Polis Selangor

Astro Awani
Ogos 14, 2024 21:15 MYT
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan perkara itu ketika ditanya media berhubung penemuan mayat tersebut. - JBPM Selangor
KLANG: Mayat seorang lelaki yang ditemui berhampiran sebuah jambatan di Klang dipercayai adalah penyanyi, Nidza Afham, 23, yang dilaporkan hilang pada tengah malam Selasa.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan perkara itu ketika ditanya media berhubung penemuan mayat tersebut.
Mayat tersebut dijumpai sekitar 7 malam, kira-kira satu kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.
"Ya, dipercayai (mayat) adalah penyanyi yang dilaporkan hilang semalam," katanya ringkas seperti yang dikongsi ke dalam kumpulan WhatsApp petugas media.
Awal hari ini, pihak polis mengesahkan tentang penerimaan laporan kehilangan penyanyi serta YouTuber Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, yang telah keluar rumah pada 7.45 petang semalam dan belum pulang hingga kini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada adik mangsa pada 4.22 pagi, yang menyatakan abangnya ketika itu memakai baju berwarna biru hitam keluar dari rumah di Bandar Puteri, Klang menggunakan perkhidmatan pengangkutan e-hailing ke Stadium Sultan Sulaiman, Klang untuk berjoging.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#Hussein Omar Khan #Klang #Nidza Afham #hilang #Jogging
;