Mayat lelaki berkafan ditemui tepi jalan

Sinar Harian
Mac 29, 2021 21:17 MYT
Mayat lelaki yang turut dibalut dengan lapisan selimut bercorak kartun dan kanvas plastik itu dijumpai oleh orang awam kira-kira jam 10.15 pagi. - Sinar Harian
KUALA KANGSAR: Mayat seorang lelaki yang dibalut dengan kain putih seperti dikafan ditemui di tepi jalan KM57 Jalan Gerik- Kuala Kangsar berhampiran Kampung Lubok Merbau, di sini pada Isnin.
Mayat lelaki yang turut dibalut dengan lapisan selimut bercorak kartun dan kanvas plastik itu dijumpai oleh orang awam kira-kira jam 10.15 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, siasatan awal mendapati mangsa dianggarkan berusia 40an itu dipercayai warga tempatan berdasarkan parut suntikan pada lengan kirinya.
"Mangsa yang memakai kemeja dan berseluar pendek dipercayai mati tidak kurang 36 jam sebelum ditemui di lokasi kejadian.
"Siasatan awal polis percaya lelaki itu mati di tempat lain sebelum dibuang di kawasan yang jauh daripada kejiranan itu," katanya.
Menurutnya, terdapat satu kesan luka di bahagian kanan kepala namun tidak dapat dipastikan punca luka tersebut..
#mayat lelaki #berkafan #parut suntikan #kemeja #jenayah #mayat #Kampung Lubok Merbau #Jalan Gerik Kuala Kangsar
;