Mayat koperal tentera dijumpai dekat Pulau Perak

Adie Sufian Zulkefli
Oktober 6, 2016 13:22 MYT
Mayat Mohd Faizol dijumpai Paskal kira-kira 30 meter dari Pulau Perak ketika mereka sedang membuat rondaan. -Gambar hiasan/Getty image
Mayat ditemui dekat Pulau Perak pagi tadi disahkan Koperal Mohd Faizol Rosli.
Perkara ini disahkan Markas Tentera Darat kepada Bernama sebentar tadi.
Terdahulu, satu mayat ditemukan pasukan mencari dan menyelamat KD Mahawangsa pada pagi Khamis.
Mayat dijumpai Pasukan Khas Laut (Paskal) kira-kira 30 meter dari Pulau Perak ketika mereka sedang membuat rondaan.
Mayat kemudian dibawa ke pangkalan Butterworth untuk urusan pengecaman oleh waris mangsa.
Pada Isnin, dua anggota Tentera Darat dari Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja yang sedang menjalankan tugas di Pulau Perak berhampiran Langkawi hilang selepas terjatuh ke dalam laut pada Rabu.
Markas Tentera Darat dalam satu kenyataan memaklumkan ia berlaku pada jam 4.40 petang melibatkan Koperal Johbartlee Kanil dan Koperal Mohd Faizol Rosli yang berpangkalan di Oran, Perlis.
#KD Mahawangsa #mayat dijumpai #Paskal #Pasukan Khas Laut #pasukan mencari dan menyelamat #Pulau Perak
;