Mayat mendiang Anthony Kevin Morais masih berada di Institut Perubatan Forensik Nasional di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan belum dituntut ahli keluarganya.
Sehingga 9.30 malam ini, cubaan media menemu bual ahli keluarga mendiang di Pusat Peringatan Nirvana di Sungai Besi tidak dapat mengesahkan bilakah mayat mendiang akan dituntut.
Malah adik mendiang, Datuk Richard Morais enggan memberi sebarang komen berhubung urusan tuntutan itu apabila didekati wartawan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin ketika dihubungi menyatakan polis telah membenarkan mayat Morais dituntut dan menyerahkan urusan itu kepada keluarganya dan HKL untuk proses lanjut.
"Mayat Kevin tu memang polis dah serahkan kepada keluarganya untuk urusan tuntutan mayat. Kamu (pihak media) tanyalah HKL kenapa keluarga mereka belum tuntut mayat hari ini," katanya.
Mayat Morais, 55, Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini Rabu lepas.
Mendiang dilaporkan hilang pada 4 Sept dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.
Setakat ini, 11 suspek telah ditahan polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan berkenaan.
Bernama
Wed Sep 23 2015
Mayat Morais, 55, ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini Rabu lepas. - Gambar Fail
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.
Tiga maut terkena tembakan polis ketika pegawai buat "tinjauan" di masjid bersejarah di India
Polis berkata "tinjauan" dilakukan atas perintah mahkamah selepas seorang peguam mendakwa masjid itu dibina di atas tapak peninggalan Hindu.
Badan Peguam Malaysia buka pusat mediasi di Bar Auditorium, Tanjong Mas
Mohamad Ezri berkata Pusat Mediasi Kelantan akan mengendalikan sesi mediasi dengan pilihan kaedah penyelesaian pertikaian sedia ada.
Hyundai panggil balik 42,000 kereta di AS kerana risiko pergerakan spontan - Laporan
Pergerakan spontan berlaku disebabkan masalah pendawaian, menurut laporan itu.
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Lebih 1,000 doktor, jururawat terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Tentera Israel didakwa menyasarkan hospital sebagai sebahagian rancangan terancang untuk meruntuhkan sistem penjagaan kesihatan di Gaza.
Penambahbaikan birokrasi kurangkan kos projek pembangunan
Penambahbaikan birokrasi melalui Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) mampu mengurangkan kos dalam pelaksanaan sesuatu projek pembangunan.
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
Hukuman gantung 6 lelaki bunuh Kevin Morais kekal
Keputusan secara sebulat suara itu diputuskan panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail.
Mahkamah benar tangguh prosiding rayuan enam lelaki bunuh Kevin Morais
Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan akhir pendengaran rayuan enam lelaki terhadap sabitan dan hukuman mati atas kesalahan membunuh Datuk Anthoy Kevin Morais pada 2015.
Pendengaran kes rayuan enam individu bunuh Kevin Morais ditetapkan 7 Nov
Mahkamah Rayuan menetapkan 7 Nov ini untuk mendengar rayuan enam lelaki yang dihukum mati selepas disabitkan dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais.
Tarikh rayuan kes bunuh Kevin Morais 3 Mac ini dilapangkan
Tarikh pendengaran kes rayuan enam lelaki yang dihukum mati selepas disabitkan kesalahan membunuh Kevin Morais, yang dijadualkan pada 3 Mac ini, telah dilapangkan.
22 Julai pengurusan kes rayuan enam individu didakwa bunuh Kevin Morais
Tarikh itu ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Nurul Azrina Mohamed Yusof semasa kes itu disebut di hadapannya pada prosiding hari ini.
Pakar patologi, lima lelaki fail rayuan terhadap hukuman mati bunuh Kevin Morais
Keenam-enam perayu memfailkan notis rayuan melalui peguam mereka di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah, di sini hari ini.
Keadilan yang telah lama dinantikan - Adik mendiang Kevin Morais
Richard Morais tidak dapat menahan sebak selepas selesai Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut kepada semua tertuduh.
Kes bunuh Kevin Morais: Enam individu ke tali gantung
Hakim Datuk Azman Abdullah ketika membaca keputusan itu berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.
'Jangan berhenti perangi rasuah'
Itu pesanan dua penerima anugerah Perdana International Anti-Corruption Champion Foundation, yang disampaikan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, pada Selasa.
PIACCF bantu bela nasib pegawai agensi antirasuah yang teraniaya
Pengenalan yayasan ini menjadikan Malaysia antara negara paling hadapan dalam usaha memerangi rasuah.