Mayat ketiga mangsa bot terbalik Pulau Nunuyan dijumpai
Radhi Muslim
Mac 3, 2019 13:16 MYT
Mac 3, 2019 13:16 MYT
Mayat seorang lelaki dewasa dipercayai mangsa bot terbalik di perairan Pulau Nunuyan pada Khamis ditemukan terapung di perairan Kampung BDC, sandakan, pada pagi Ahad.
Mayat yang belum dikenal pasti identiti itu dijumpai terapung oleh orang awam yang kemudian memaklumkan kepada pasukan Polis Marin.
Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan, Kapten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata
penemuan itu menjadikan jumlah mayat yang ditemukan setakat ini tiga orang.
Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Duchess of Kent di sini untuk dibedah siasat.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) baki tiga mangsa daripada enam yang hilang sedang giat dijalankan.
SAR pada Ahad sudah memasuki hari ketiga membabitkan 111 anggota dari empat agensi keselamatan.
#bot terbalik
#Hospital Duchess of Kent
#Kampung BDC
#mayat lelaki dewasa
#Mohd Khairulanuar Abd Majid
#pulau nunuyan
#Sandakan