Mayat keenam mangsa tragedi helikopter Sarawak ditemui pagi ini

Harits Asyraf Hasnan, Noraida Abdul Kassim
Mei 9, 2016 03:44 MYT
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Sabtu Osman akan membuat pengesahan mengenai penemuan dan identiti mayat. - Gambar fail
Mayat mangsa keenam nahas helikopter RPC 6828 yang terhempas berhampiran Sungai Batang Lupar di Sebuyau Khamis lalu berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat SAR kira-kira pukul 10.15 pagi tadi.
Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Mohammad Sabtu Osman berkata jasad keenam tersebut yang dipercayai juruterbang helikopter warga Filipina, Rudolf Rex Ragas hanya akan disahkan identitinya oleh pasukan forensik Hospital Umum Sarawak (HUS).
"Pada pukul 10.15 pagi tadi, pasukan SAR di lokasi telah menjumpai satu jasad mangsa dan mayat tersebut telah sampai ke pusat kawalan operasi di Lingga pada 11.05 pagi tadi.
"Bagaimanapun, selepas ujian forensik saya akan sahkan identiti mangsa tersebut walaupun semua sedia tahu yang masih hilang adalah juruterbang (Rudolf Rex Ragas).
"Seperti kebiasaan kita tidak akan sahkan hinggalah pihak forensik mengesahkan identiti sebenar," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini hari ini.
LAPOR LANGSUNG: Rangkuman berita tragedi helikopter terhempas
Jasad mangsa akan diterbangkan dari Lingga ke sini sebelum dibawa ke HUS bagi proses pengecaman dan juga identifikasi jasad mangsa.
Menurut Mohammad Sabtu, jasad mangsa keenam itu dijumpai terapung 5.5 kilometer dari Jeti Feri Triso, Lingga.
"Maklumat daripada pasukan SAR di lokasi, pasukan Polis Marin yang membuat rondaan menjumpai jasad mangsa terletak kira-kira 5.5 kilometer daripada (jeti) Feri Triso, 1 kilometer daripada pantai dan mangsa dijumpai terapung," katanya.
Menurutnya lagi, walaupun keenam-enam jasad mangsa nahas tersebut telah dijumpai, namun operasi mencari rangka utama badan helikopter tersebut akan diteruskan dengan bantuan alatan teknologi seperti sistem sonar milik Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pengesahan lanjut identiti mangsa akan disahkan oleh pasukan forensik HUS - Pesuruhjaya Polis Sarawak @501Awani

— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) May 9, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

10.15am: Pasukan SAR telah jumpa satu mayat & mayat tersebut telah dibawa ke pusat kawalan SAR di Lingga 11.05am @501Awani

— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) May 9, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, DS Mohd Sabtu Osman sahkan temui mayat mangsa ke 6, dipercayai juruterbang Rudolf Rex Ragas @501Awani

— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) May 9, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#missingheli mangsa terakhir nahas helikopter di Sebuyau dijumpai pagi tadi. pengesahan akn dibuat oleh CP Sarawak sebentar lagi.@501Awani

— Noraida Abdul Kassim (@eida0109) May 9, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, polis turut memaklumkan hujan lebat di lokasi kejadian dan Kuching mungkin akan melewatkan proses membawa jasad mangsa ke Kuching
Selepas penemuan lima jasad sebelum ini, usaha mencari diteruskan pada hari kelima hari ini.
Khamis lalu, helikopter itu berlepas dari Betong menghala ke Kuching pada 4.12 petang sebelum terputus hubungan dan hilang tidak lama kemudian.
#Betong #helikopter hilang #Kuching #Polis Sarawak #Sabtu Osman #SAR