Mayat ke sembilan ditemui terdampar

Astro Awani
Disember 19, 2012 21:34 MYT
Satu lagi mayat dipercayai mangsa bot karam di Kota Tinggi dijumpai terdampar di pantai teluk C Bandar Penawar menjadikan jumlah kematian meningkat kepada seramai sembilan orang, setakat ini.
Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, ACP Zainul Abidin Hasan, berkata mayat wanita berkenaan ditemui terdampar 500 meter dari lokasi mayat pertama yang ditemui 4 petang Selasa.
Beliau tidak menolak kemungkinan terdapat kanak-kanak yang turut menjad mangsa dalam tragedi itu bedasarkan penemuan lampin dan pakaian kanak-kanak di pantai berkenaan.
Difahamkan bot yang membawa 15 penumpang warga Indonesia itu berlepas Isnin lalu dari Bandar Penawar melalui laluan haram menuju ke Batam, Indonesia sebelum karam lima kilometer dari lokasi mereka berlepas berikutan cuaca buruk.
Kesemua mayat ditemui dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat.
#Bandar Penawar #bot karam #CP Zainul Abidin Hasan #Kota Tinggi
;