Mayat kanak-kanak dipercayai diserang buaya ditemui

Astro Awani
Disember 24, 2015 18:47 MYT
Pencarian yang memasuki hari ketiga hari ini dilakukan dengan bantuan pasukan SAR yang menggunakan kaedah pencarian di permukaan air dengan mengunakan bot. - Foto JBPM
Mayat seorang kanak-kanak lelaki dipercayai mangsa serangan buaya di Kampung Bungin, Spaoh, Betong telah berjaya ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira kira jam 3.45 petang tadi.
Mayat Fakrul Dahari, 11 tahun, telah ditemui oleh pasukan SAR kira kira dua kilometer dari lokasi beliau hilang setelah dipercayai diserang oleh buaya dua hari lalu.
Mangsa dikatakan turut diheret oleh buaya berkenaan terus ke dalam sungai.
Pencarian yang memasuki hari ketiga hari ini dilakukan dengan bantuan pasukan SAR yang menggunakan kaedah pencarian di permukaan air dengan mengunakan bot.
Operasi disertai oleh lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong, lima anggota polis, tujuh anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan 17 anggota RELA dengan menggunakan beberapa buah bot agensi masing masing.
Operasi diketuai oleh pegawai kanan zon Sri Aman, Timbalan Penguasa Bomba Raffy Saibi.
#Betong #buaya #Fakhrul Dahari #Farhan Sufyan Borhan #lemas #Sarawak
;