Mayat kanak-kanak 12 tahun yang dikhuatiri lemas di Lawas ditemukan

Shafik Ahmad
Ogos 9, 2022 14:19 MYT
Mayat kanak-kanak malang itu yang dikenal pasti sebagai Nabil Suhaili itu ditemui penduduk kampung dan pasukan bomba kira-kira 700 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang pada jam 9.28 pagi Selasa.
LAWAS: Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dikhuatiri lemas di Sungai Sundar dekat Kampung Tanjung Katong, Lawas sejak tiga hari lalu ditemukan meninggal dunia pada Selasa.
Mayat kanak-kanak malang itu yang dikenal pasti sebagai Nabil Suhaili itu ditemui penduduk kampung dan pasukan bomba kira-kira 700 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang pada jam 9.28 pagi Selasa.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Negeri Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan pada hari ketiga bermula awal pagi.
“Operasi SAR yang diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas, Azman Hashim dimulakan dengan kaedah dipermukaan sungai dan 'sweeping'.
“Komander operasi melaporkan pihaknya telah menjumpai satu mayat pada jam 9.28 pagi dalam radius 700 meter dari lokasi pusat kawalan dan operasi bomba,” katanya dalam satu kenyataan.
Susulan penemuan itu operasi SAR ditamatkan pada jam 10.30 pagi dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Dalam kejadian pada Ahad lalu, mangsa dikatakan mandi bersama lima orang rakannya di sungai berkenaan sebelum hilang dikhuatiri lemas.
#meninggal dunia #kanak-kanak lemas ditemukan #lemas #Lawas #Sarawak
;