Mayat kaki terikat dijumpai di Jalan Gombak Lama

Astro Awani
April 10, 2016 07:45 MYT
Ketika ditemui, mangsa tertiarap dalam belukar yang terletak di cerun sedalam 15 meter dengan kakinya terikat. - Foto Astro AWANI
Misteri bau busuk di Lereng Bukit Batu 29 Jalan Gombak Lama ke Genting Sempah terjawab, apabila satu mayat ditemui di kawasan berkenaan.
Kejadian disedari sekumpulan peserta larian, yang terhidu bau busuk kira kira jam 10 pagi Ahad.
Mayat wanita tersebut dipercayai berusia sekitar 30-an.
Ketika ditemui, mangsa tertiarap dalam belukar yang terletak di cerun sedalam 15 meter dengan kakinya terikat.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad percaya, mangsa mati lebih 72 jam semasa ditemui.
Pasukan bomba dari Balai Bomba Selayang bersama tujuh anggota dikejar ke tempat kejadian bagi membawa naik mayat berkenaan.
Unit anjing K9 juga dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengesan sebarang jejak penjenayah.
Cap jari mangsa turut diambil bagi mengenal pasti identiti.
Mayat mangsa dihantar Hospital Sg Buloh bagi mengenal pasti punca kematian.
#Ali Ahmad #genting sempah #mayat
;