Mayat guru meninggal dunia sendirian dalam rumah ditemui

Astro Awani
Julai 8, 2017 08:59 MYT
Sepasukan anggota forensik bergegas ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut sebelum menemui mayat mangsa dalam keadaan hampir reput di rumah teres dua tingkat itu. - Gambar ihsan orang ramai
Mayat seorang guru lelaki ditemukan dalam rumahnya di Taman Seri Serdang, di sini, dipercayai telah meninggal dunia sejak seminggu lalu.
Penemuan mayat guru Bahasa Inggeris berusia 52 tahun itu susulan jiran mangsa yang terhidu bau busuk dari arah rumah mangsa sebelum bertindak menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Azmi Adam ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang jiran pada kira-kira jam 7.15 malam memaklumkan kejadian.
Katanya sepasukan anggota forensik bergegas ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut sebelum menemui mayat mangsa dalam keadaan hampir reput di rumah teres dua tingkat itu.
Menurutnya, siasatan polis mendapati mangsa yang dipercayai tinggal bersendirian telah meninggal dunia sejak seminggu lalu berdasarkan keadaan mayat yang sudah terlalu uzur.
Mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB), untuk proses bedah siasat dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
#Azmi Adam #guru #Hospital Kepala Batas #Kepala Batas #mayat #polis
;