Dua mayat remaja lelaki ditemui di dalam sebuah kereta di Kampung Panchor, di sini, awal pagi tadi.
Mayat berkenaan ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan sekitar jam 5.55 pagi tadi.
Pihak polis yang dihubungi mengesahkan mengenai penemuan mayat tersebut dan siasatan sedang dijalankan termasuk menunggu hasil bedah siasat.
Pemeriksaan awal pihak polis tidak menemui sebarang kecederaan namun terdapat lendir pada hidung mangsa.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supt Setapa Yusof mayat kedua-dua mangsa, masing-masing berusia 18 tahun, ditemui terbaring - seorang di bahagian depan dan seorang lagi di bahagian penumpang belakang kereta.
"Kami dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu oleh orang awam pada 5.55 pagi tadi," katanya ketika dihubungi.
Mangsa dikenali sebagai Mohamad Sharul Nizam Hasbullah beralamat di Kampung Gertak Sagu dan Nik Muhammad Hafiz Nik Zam Zam dari Kampung Panchor, Kemumin.
Tambah Setapa, pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan pada kedua-dua mayat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mayat kemudiannya di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian.
Astro Awani
Mon Jan 30 2017
Pemeriksaan awal pihak polis tidak menemui sebarang kecederaan namun terdapat lendir pada hidung mangsa. - Foto Astro AWANI
Kerajaan mulakan kajian semula anti lambakan ke atas import besi
Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk.
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
Contohi Jepun pantau keselamatan pemanduan kenderaan berat
Malaysia seharusnya mencontohi Jepun yang menekankan keselamatan pemanduan kenderaan berat di lebuh raya termasuk pemantuan ketat dalam kalangan pemandu.
2 maut motosikal terbabas, langgar pembahagi lebuh raya
Dalam nahas kira-kira jam 5.20 petang, penunggang motosikal itu yang juga lelaki tempatan berusia 28 tahun dan pembonceng wanita warga Singapura berumur 29 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha
Batik Air mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha.
Nilai syarikat Apple hampiri angka AS$4 trilion
Peningkatan saham kebelakangan ini dilihat selari dengan fokus Apple dalam arena kecerdasan buatan melalui Apple Intelligence.
Gangguan air di HRPZII tidak kritikal
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin memaklumkan gangguan air di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini tidak kritikal.
Lelaki dijumpai tidak sedarkan diri dalam longkang, dipercayai akibat dipukul
Mangsa adalah seorang duda yang berasal dari Tawang, Bachok dan mempunyai tiga anak.
HRPZ II adakan pertemuan dengan keluarga bayi meninggal dipercayai kecuaian hospital
Pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) akan mengadakan pertemuan hari ini dengan waris keluarga yang mendakwa berlaku kecuaian ketika mendapatkan rawatan di hospital itu.
Kesedaran mengenai penyakit kanser belum capai maksimum - Pengarah HRPZ II
Usaha membina kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai penyakit berbahaya perlu digerakkan lebih aktif lagi oleh KKM dan NGO.
Tahanan ditemui mati dalam lokap
Suspek lelaki yang berusia 37 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 5 petang.
Kematian OKT di HRPZ II diklasifikasikan sebagai SDR - Shafien
Kematian seorang lelaki tempatan yang juga orang kena tahan (OKT) di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada Selasa lepas diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
40 ibu hamil positif COVID-19 sedang dirawat di HRPZ II - Pengarah
Seramai 40 ibu hamil yang positif COVID-19 kategori dua hingga tiga kini dirawat di dua wad khas di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Kembar seiras tertukar: HRPZ II teliti dokumen, kesan petugas kesihatan terlibat
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) akan meneliti semua dokumen berkaitan termasuk mencari petugas kesihatan yang terlibat sebelum mengesahkan kisah tragis tiga bayi perempuan bertukar.
Gelandangan dalam tahanan polis meninggal dunia di HRPZ II
Mengikut laporan bedah siasat, lelaki itu meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak dan tiada kecederaan luaran.
Lelaki amuk di klinik Pengkalan Kubor bukan sebab vaksin - Pengarah JKNK
Video yang tular di media sosial berkenaan seorang lelaki yang dikatakan mengamuk berkaitan vaksin di Klinik Kesihatan Pengkalan Kubor sejak Selasa lepas adalah video yang dirakam tahun lepas.