Mayat dua beradik lemas akhirnya ditemui

Nazialita Geynna Maharan
Januari 22, 2018 13:18 MYT
Anggota pasukan SAR mengusung mayat Mohd Raihan pagi tadi. - Gambar ihsan Bomba
Operasi pencarian untuk menemui mayat dua beradik yang jatuh lemas di tali air berakhir dengan penemuan mayat Mohd Raihan Abd Samad, 6 tahun, pada pagi Isnin.
Mohd Raihan ditemui pada jam 8.52 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam jarak 500 meter daripada mayat abangnya, Lokman, 20 tahun, yang ditemui semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, Zaiful Affendi Ahmad berkata operasi yang bermula pada jam 12.16 tengahari semalam (Ahad) itu berakhir dengan penemuan Mohd Raihan.
"Operasi pencarian diteruskan pada pagi ini dan berjaya menemui mayat kedua yang terapung pada jarak 500 meter," katanya kepada Astro AWANI.
Menurut Zaiful, operasi tersebut dibantu oleh pelbagai agensi dengan kekuatan seramai 17 pegawai dan anggota.
#adik beradik lemas #mati lemas #Mohd Raihan Abd Samad #Seri Iskandar
;