Dua beradik ditemui mati dalam keadaan mayat mereka berulat dan berbau di rumah mereka di Ladang Kelapa Sawit Sungai Beruas, Kampung Pulau Meranti di sini pagi Isnin.
Mayat Salmiah Yaakob, 76 dan adiknya Salasiah, 71, yang bekerja sebagai penoreh getah ditemui anak saudaranya Mazlan Yunus, 52, kira-kira pukul 9.30 pagi.
Mazlan berkata beliau menemui mayat setelah datang dari Ipoh untuk melawat kedua-dua ibu saudaranya itu yang masih bujang dan tinggal bersama.
"Selalunya bila saya bunyikan hon kereta saya, Mak Ngah (Salmiah) akan membuka pintu, tetapi pagi tadi saya memberi salam berulang kali, namun kelibat mereka tidak kelihatan dan mereka tidak menyahut.
"Saya meninjau ke belakang rumah dan mendapati pintu dapur terbuka. Apabila masuk ke dalam rumah, saya terkejut melihat Mak Ngah terlentang di lantai berdekatan pintu dapur dan dia sudah berulat serta mulutnya diikat dengan kain," katanya.
Mazlan berkata beliau turut terkejut apabila mendapati mayat Salasiah dalam keadaan lidah terjelir berada di atas kerusi malas di ruang tamu.
Beliau kemudiannya memanggil penduduk kampung dan memaklumkan kepada pihak polis.
Mazlan berkata tiga minggu lepas ibu saudaranya memberitahunya terdapat warga Indonesia yang bertanyakan bilangan orang yang tinggal bersama mereka.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata kedua-duanya dipercayai meninggal kira-kira lima hari sebelum mayat mereka ditemui.
"Kes belum diklasifikasi, kita tunggu laporan bedah siasat yang dijalankan pihak hospital pada Selasa," katanya.
Bernama
Mon Sep 21 2015
Mayat Salmiah dan Salasiah ditemui oleh anak saudara mereka dalam keadaan mayat mereka berulat dan berbau di rumah mereka pada pagi Isnin. - Gambar hiasan
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
Juadah di bazar Ramadan dicemari ulat: PPj keluar notis amaran keras
PPj mengeluarkan notis amaran kepada sebuah gerai makanan di Bazar Ramadan Putrajaya, Presint 3 di sini susulan isu kebersihan makanan seperti yang tular di media sosial sejak kelmarin.
Mayat dalam keadaan berulat ditemukan di kawasan hutan
Lelaki itu telah meninggal dunia lebih daripada tujuh hari berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat dan berbau busuk.
Mayat OKU berulat ditemui di flat terbengkalai
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata, penemuan mayat itu dimaklumkan oleh orang awam kira-kira jam 9 malam tadi.
Mayat warga emas Kanada ditemui dalam keadaan berulat
Kebimbangan seorang anak apabila tidak menerima perkhabaran dari bapanya sejak empat hari lepas akhirnya terjawab apabila bapanya itu ditemukan meninggal dunia.
Gempar! Mayat lelaki berulat di tebing sungai di Padawan
Penduduk di Padawan semalam digemparkan dengan penemuan mayat reput di tebing sungai berhampiran jambatan Sekolah Kebangsaan (SK) Kambug, Padawan pada Ahad.
Mayat lelaki ditemui di paya bakau
Mayat seorang lelaki yang hampir reput dan berulat ditemui di dalam kawasan paya bakau di Parit Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang di sini.
Bayi berulat ditemui berhampiran pusat pembuangan sampah
Mayat seorang bayi berulat ditemui orang awam di Kampung Karamunting, Jalan Batu Sapi, di sini semalam.
Jiran terkejut, bau 'tengik' membawa kepada penemuan mayat kembung dan berulat
Mayat mendiang ditemui polis selepas dimaklumkan penduduk yang curiga dengan bau busuk itu.
Mayat lelaki berulat ditemukan dalam longkang
Mayat tanpa kepala serta berulat ditemui bersama timbunan sampah di dalam longkang oleh orang awam yang terhidu bau busuk ketika melalui jalan berkenaan.
Mayat warga emas ditemui berulat di rumahnya
Polis percaya mangsa sudah meninggal dunia lebih tujuh hari berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat.