Mayat dikerat lima, empat warga Myanmar dituduh bunuh

Astro Awani
Ogos 27, 2014 14:45 MYT
Empat warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulaijaya, Johor atas tuduhan membunuh seorang rakan senegara yang mayatnya ditemui dikerat bulan lalu.
Empat warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulaijaya, Johor atas tuduhan membunuh seorang rakan senegara yang mayatnya ditemui dikerat bulan lalu.
Mereka didakwa membunuh mangsa yang dikenali sebagai Kothet di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sri Paya di Kulaijaya antara 9 malam 29 Julai hingga 11.20 pagi 1 Ogos lepas.
Keempat-empat tertuduh, Myo Mint, 28; Mohd. Hassan Ali, 29; Shaib Othman, 19; dan Ismail, 30, bagaimana pun tidak membuat sebarang pengakuan kerana tidak faham pertuduhan.
Majistret Ahmad Farid Kamal menetapkan sebutan semula kes pada 24 September ini untuk melantik seorang jurubahasa Myanmar.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Asmah Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam.
Pada 1 Ogos lalu, polis menemui mayat seorang warga Myanmar yang dikerat lima dan dibungkus di dalam beg plastik hitam di dalam parit di tepi Lebuhraya Utara Selatan dekat Kulaijaya.
#bunuh #dikerat #Kothet #Myanmar
;