Mayat dengan kesan tikaman ditemui di Sungai Ampang
Bernama
Mac 26, 2013 20:18 MYT
Mac 26, 2013 20:18 MYT
Mayat seorang warga asing dipercayai dengan kesan tikaman di badan dijumpai di tebing Sungai Ampang berhampiran Bukit Belacan, Ampang hari ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaludin berkata mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemui orang awam yang melalui kawasan itu pada 7.30 pagi sebelum memaklumkan penemuan itu kepada polis.
"Siasatan mendapati mayat itu ada kesan kecederaan di badan seperti ditikam. Mangsa hanya memakai seluar panjang berwarna coklat dan tiada dokumen peribadi ditemui di badan mangsa," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.