Mayat Claudia tiba di Malaysia Jumaat ini

Astro Awani
Februari 5, 2013 08:37 MYT
Mayat wartawan Al-Jazeera warga Malaysia, Claudia Theophilus dijangka tiba di Malaysia pada Jumaat ini.
Urusan perbelajaan membawa pulang mayat ditanggung sepenuhnya oleh Al-Jazeera.
Adik mendiang, Dora Theophilus, 36, menaiki pesawat Emirates Airline pukul 11 pagi tadi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut, Lubnan kira-kira pukul 12.25 pagi waktu Malaysia.
Dora diiringi kenalan rapat Claudia yang enggan dikenali serta dua wakil dari Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno.
Penerbit bahasa Inggeris portal berita Al-Jazeera itu maut terkena tembakan Sabtu lalu di Lubnan ketika bercuti bersama dua rakannya.
Claudia berkhidmat dengan agensi berita Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar.
#AL-Jazeera #Claudia Theophilus