Mayat bayi dijumpai dalam tandas masjid di Kangar
Bernama
Januari 23, 2014 15:34 MYT
Januari 23, 2014 15:34 MYT
Mayat seorang bayi perempuan yang dipercayai baharu dilahirkan ditemui di dalam tandas lelaki di Masjid Alwi di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata mayat dijumpai seorang jemaah masjid kira-kira pukul 7 pagi.
Beliau berkata tiada kesan darah pada mayat yang menunjukkan bayi itu dilahirkan di tempat lain tetapi diletakkan di situ.
Mayat yang juga tidak dibaluti sebarang kain telah dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.
Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri, Mohd Sokri Hussin yang turut berada di tempat kejadian melahirkan rasa sedih dengan perkara tersebut dan meminta pihak yang terbabit agar tampil untuk bertanggungjawab.