Mayat bayi dalam plastik digantung di pagar Masjid Jerantut Feri

Bernama
September 11, 2015 09:32 MYT
Bungkusan plastik mengandungi mayat bayi ditemui digantung di pagar belakang Masjid Jerantut Feri awal pagi tadi. - Gambar Hiasan
Mayat seorang bayi perempuan ditemui tergantung dalam bungkusan plastik di pagar belakang Masjid Jerantut Feri awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt Azid Ismail berkata pihak polis menerima maklumat berkenaan perkara itu kira-kira pukul 1.30 pagi.
"Orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu ternampak plastik tersebut," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata bayi itu cukup sifat tetapi terdapat kesan lebam di tangan, punggung serta pahanya.
#Azid Ismail #bayi #Jerantut Feri #masjid #polis