Mayat bayi bawah blok pangsapuri

Sinar Harian
Julai 10, 2018 08:27 MYT
Polis menerima panggilan daripada seorang perempuan yang memaklumkan telah menjumpai bayi berkenaan. - Gambar fail
Mayat seorang bayi perempuan ditemui di sebuah pangsapuri di Pandan Indah, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, polis menerima panggilan daripada seorang perempuan yang memaklumkan telah menjumpai bayi berkenaan.

“Siasatan awal mendapati bayi berkenaan telah meninggal dunia di bawah blok pangsapuri itu.

"Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

#bayi #hospital kuala lumour #mayat #meninggal dunia #pangsapuri #siasatan