Mayat Abdulrahman 'ditemani' buaya 19 kaki, tanpa tangan dan kaki

Abdul Muein Abadi
Mac 8, 2019 17:51 MYT
Jenazah Abdurahman Norsirat dibawa naik dari tebing Sungai Kinabatangan. -APM
Satu mayat tanpa tangan kanan dan kaki kiri dijumpai di tebing Sungai Kinabatangan pada petang Jumaat.
Jenazah mangsa Abdurahman Norsirat, 40, yang merupakan anggota sukarela Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kinabatangan ditemukan 1 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang kira-kira jam 3.30 petang tadi.
Menurut Ketua Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Zon Sandakan, Kapten (PA) Ahmad Roslan Mohd Kamel, ketika ditemukan, terdapat seekor buaya sepanjang 19 kaki di sebelah jasad mangsa.
BACA: Hilang... Abdul Rahman disambar buaya?
"Keadaan itu menyebabkan petugas operasi mencari dan menyelamat (SAR) tidak dapat mendekati untuk mengambil jasad mangsa.
"Mereka kemudiannya menghalau haiwan itu dengan berhati-hati dan setelah menunggu kira-kira 30 minit buaya itu bergerak ke lokasi lain.
"Anggota SAR kemudiannya mengambil mayat mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang Khamis, mangsa yang keluar menjala udang di tebing Sungai Kinabatangan berdekatan Tanjung Bulat, dilaporkan disambar buaya.
ARTIKEL BERKAITAN: Bantai buaya sampai mati, pelaku ini boleh didakwa kerana aniaya haiwan!
ARTIKEL BERKAITAN: Buaya peliharaan baham wanita, tangan dan perut hilang
#Abdurahman Norsirat #Angkatan Pertahanan Awam Malaysia #APM #APM Kinabatangan #buaya 19 kaki #disambar buaya #operasi mencari dan menyelamat #Roslan Mohd Kamel #SAR #Tanjung Bulat
;