Maxis Berhad terima pensijilan Sistem Pengurusan Anti Rasuah
Fahmi Izuddin
November 29, 2022 13:05 MYT
November 29, 2022 13:05 MYT
KUALA LUMPUR: Maxis Berhad menjadi syarikat telekomunikasi pertama negara ini yang dianugerahkan pensijilan ISO 37001:2016, Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS).
Pensijilan tersebut telah dianugerahkan oleh SIRIM QAS International dan International Certification Network, IQNet sekali gus menjadi bukti kepada piawaian tadbir urus yang baik dan teguh.
Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut berkata, pensijilan inj membuktikan komitmen Maxis terhadap perkhidmatan yang berintegriti dan boleh dipercayai oleh pelanggan.
"Pencapaian dari SIRIM QAS in amat penting bagi kami yang jelas menunjukkan komitmen berterusan Maxis untuk membina budaya ketelusan dan integriti, sambil menimbulkan kepercavaan dan kevakinan daripada pelanggan kami,” ujarnya
Tambah beliau, penganugerahan ini juga mengesahkan pendekatan sifar rasuah jenama dalam menerajui bidang telekomunikasi negara.
“Sebagai penyedia penvelesaian konvergen terkemuka negara. Maxis membunvai pendekatan sitar toleransi terhadad semua bentuk rasuah, dan pensijilan ini mengesahkan kepimpinan kami dalam bidang ini, selaras dengan strategi kelestarian MAX+ yang baru kami lancarkan," katanya.
ISO 37001:2016 ABMS adalah berdasarkan amalan baik yang diktiraf di peringkat antarabangsa, menyatakan keperluan dan panduan dalam melaksanakan, reka bentuk, menyelenggara, dan menambah Daik sistem pengurusan anti-rasuan organisasi.
Selain itu, ia turut membantu mengesan dan bertindak balas terhadap rasuah sambil mematuhi Aka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan undang-undang dan peraturan pencegahan rasuah yang lain.
Upcacara pensijilan tersebut disampaikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM Berhad, Datuk Ahmad Sabirin Arshad di Menara Maxis, di sini.