Maut terlanggar tiang elektrik

Mohd Zalani Md Atan
Mei 17, 2022 16:41 MYT
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 37, Jalan Pekan-Rompin pada awal pagi Selasa. - Gambar Astro AWANI
PEKAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 37, Jalan Pekan-Rompin di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mangsa, Suzhari Che Yusoh, 38, berasal dari Kuala Krai, Kelantan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Kejadian itu berlaku kira-kira jam 2 pagi ketika pekerja swasta itu dalam perjalanan dari Rompin menghala ke Pekan.
"Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda RSX ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tiang elektrik di bahu jalan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Beliau memaklumkan, mangsa mengalami kecederaan parah akibat kejadian itu.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.
"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
#terlanggar tiang elektrik #maut #pekerja swasta #Jalan Pekan-Rompin
;