Maut ketika cuba selamatkan diri dalam kebakaran
Sinar Harian
Ogos 3, 2018 09:00 MYT
Ogos 3, 2018 09:00 MYT
Seorang warga emas maut ketika cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran di rumahnya di Taman Sri Gombak, awal pagi tadi.
Mangsa, Ahmad Zabidi Abd Rashid, 67 tahun, dipercayai meninggal dunia akibat terjatuh ketika melompat keluar dari bahagian balkoni di depan rumah.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 pagi, seorang lagi yang belum dikenal pasti dipercayai juga penghuni rumah itu cedera di bahagian bahu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Rizal Buang, berkata, sebaik menerima panggilan, 27 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dan Rawang termasuk bomba sukarela bergegas ke lokasi.
Menurutnya, laporan awal mendapati kebakaran melibatkan rumah dua tingkat kelas A.
"Rumah tersebut terbakar hampir 70 peratus. Terdapat seorang mangsa disahkan meninggal dunia manakala seorang lagi melecur di bahagian bahu," katanya.