PUTRAJAYA: Penstrukturan semula Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) kepada dua kementerian tidak mengubah matlamat dan hala tuju kerajaan terutamanya dalam kelestarian alam sekitar, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
"Dari segi komitmen, kita tidak akan berganjak," katanya yang menerajui NRECC sebelum kementerian itu dipecahkan kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam susulan rombakan Kabinet pada Selasa.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Cabaran Kecekapan Tenaga di sini hari ini, beliau berkata komitmen kerajaan untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 kekal kukuh menerusi dua kementerian baharu tersebut.
Nik Nazmi berkata beliau dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, yang menerajui Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya ECGuna Awam, tentunya akan bekerjasama memandangkan peralihan tenaga juga berkaitan dengan soal kelestarian dan karbon sifar bersih.
Beliau turut menyambut baik pembahagian tanggungjawab itu kerana membolehkan pihaknya memberi lebih fokus pada objektif kementerian itu.
"Itu (pecahan kementerian) adalah perkara biasa, Perdana Menteri mungkin ada keperluan strategik dengan membuat keputusan itu. Jadi kita teruskan perancangan dan pelaksanaan jabatan atau unit di bawah kementerian saya sekarang," katanya.
Sementara itu, Nik Nazmi berkata penjimatan tenaga terkumpul sepanjang 10 tahun penganjuran pertandingan Cabaran Kecekapan Tenaga adalah lebih 1.5 juta kilowatt-jam (kWj) bersamaan kira-kira RM771,000 dengan penghindaran karbon sebanyak lebih kurang 1,180 tan.
"Hasil penjimatan terkumpul ini juga adalah bersamaan dengan pertumbuhan 17,753 batang anak pokok sepanjang tempoh sedekad," katanya yang menyifatkan pencapaian itu sebagai luar biasa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2023
Nik Nazmi berkata beliau dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, yang menerajui Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya ECGuna Awam, akan bekerjasama. - Gambar fail/Bernama
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Sarawak umum penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi, rancang strategi pasca COVID-19
Satu Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak ditubuhkan untuk mempermudahkan strategi ekonomi kerajaan negeri pasca COVID-19 dan ekonomi digital serta kelestarian alam sekitar sehingga 2030.