Mati pucuk: 83% setuju dapatkan bantuan - Tinjauan
Astro Awani
Ogos 13, 2016 08:08 MYT
Ogos 13, 2016 08:08 MYT
Tinjauan Astro AWANI di media sosial Selasa lalu mendapati 83 peratus responden bersetuju untuk mendapatkan bantuan profesional sekiranya berhadapan dengan masalah erectile dysfunction (ED) atau mati pucuk.
Lebih 1,700 undian diterima menerusi undian yang dijalankan di akaun Twitter rasmi Astro AWANI, @501Awani.
Pengguna Facebook turut berkongsi pandangan di laman Facebook rasmi Astro AWANI.
Rata-rata netizen bersetuju bahawa lelaki perlu berterus-terang sekiranya berhadapan dengan masalah tersebut.
Seorang pengguna, Rozeta Japly misalnya menegaskan tidak ada apa-apa yang perlu dimalukan kerana pihak hospital misalnya menjaga kerahsiaan pesakit.