Mati dicampak dari tingkat tiga kondominium

Astro Awani
Mac 9, 2016 10:32 MYT
Keadaan mayat yang sudah diselubung di lokasi kejadian di sebuah kondominium di Subang Jaya. - Foto Astro AWANI
Penghuni sebuah kondominium mewah di Subang Jaya terkejut apabila bunyi yang disangkakan bungkusan sampah dibuang dari tingkat atas, rupanya jasad seorang lelaki yang berpakaian wanita.
Kejadian pada jam 9 pagi Rabu itu disedari apabila bungkusan tersebut jatuh menembusi bumbung anjung sebelum tersembam ke kaki lima tingkat bawah bangunan.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, SAC Yahaya Ramli, mangsa dipercayai dicampak dari tingkat tiga kondominium tersebut.
Berdasarkan keterangan daripada jiran tetangga, mereka terdengar bunyi bising pertengkaran sekitar jam 6 pagi, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden tersebut.
Ekoran daripada kejadian berkenaan, seorang lelaki warga Afrika ditahan bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
#lelaki berpakaian wanita #pondan dicampak dari kondomonium #warga kulit hitam campak pondan