Mat Sabu teruja naik pesawat tentera balik kampung
Dewi Nur Harasha Alias
Mei 26, 2018 21:39 MYT
Mei 26, 2018 21:39 MYT
Pengalaman baharu menaiki Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Airbus A400M daripada 22 skuadron adalah suatu yang mengujakan buat Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.
Mohamad nyata tidak dapat disembunyikan apabila beliau menaiki pesawat itu bersama isterinya, Normah Alwi untuk berlepas ke Pangkalan Udara TUDM bagi majlis berbuka dengan warga TUDM.
Dalam sidang medianya selepas majlis itu, Mohamad berkata beliau teruja apabila dapat pulang ke kampung halamannya dengan menaiki pesawat tentera.
"Saya sendiri tinggal tidak jauh daripada pangkalan ini. Daripada kecil saya dengar bunyi laluan kapal terbang dan timbul perasaan bangga.
"Sepanjang perjalanan cuaca dalam keadaan baik walaupun awan agak tebal tetapi gegaran kurang dan tidak rasa cemas pun.
"Saya harap kapal terbang ini sentiasa berada dalam keadaan baik membawa pasukan tentera menjalankan tugas mengawal keselamatan negara," katanya.
Ketibaan Mohamad disambut Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima TUDM, Tan Sri Affendi Buang.
Majlis tersebut adalah acara rasmi keduanya selepas dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada 22 Mei lepas.
#A400M
#Airbus
#Butterworth
#Menteri Pertahanan
#Mohamad Sabu
#Pangkalan Udara TUDM
#pulau pinang
#teruja
#TUDM