Mat Sabu menjejakkan kaki di bumi Lubnan...

Astro Awani
Jun 22, 2018 11:24 MYT
Lawatan sulung Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan Malaysia di kem MALBATT di Lubnan - Gambar Sel PR MALBATT 850-5
MOHAMAD Sabu buat julung kalinya menjejakkan kaki di kem tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan sebagai Menteri Pertahanan.
Beliau yang kelihatan segak bergaya dan mengenakan but tentera bersama delegasi melawat UNP 2-1, Kem Marakah.
Mohomad menerima tabik hormat Perbarisan Menteri dan merasmikan penyerahan 9 buah APC Guardian kepada MALBATT.
Menurut kenyataan media Kementerian Pertahanan, beliau juga membuat kunjungan hormat kepada Komander UNIFIL, Mejar Jeneral Michael Beary di markas UNIFIL di Naqoura serta meraikan sambutan Aidilfitri di Kem Tibnin.
Lawatan ini merupakan sebahagian rangka kunjungan rasmi Mohamad Sabu selama lima hari ke Lubnan.
#MALBATT #mat sabu Lubnan #Menteri Pertahanan #Mohamad Sabu #pengaman PBB #UNIFIL