Mat Sabu akui ketar kaki tonton perhimpunan kesyukuran tolak ICERD
Raja Hisyam Raja Zaid
Disember 9, 2018 00:46 MYT
Disember 9, 2018 00:46 MYT
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengakui rindu untuk turun ke jalanan sebagaimana pernah dilakukan beliau ketika menjadi pembangkang suatu ketika dahulu.
Akui Mohamad, semasa menonton perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang berlangsung pada Sabtu lepas, kakinya seolah-olah 'terketar-ketar' untuk ikut sama melangkah dan menyertainya.
“Kelmarin berlaku peristiwa di Kuala Lumpur saya terketar-ketar kaki nak pergi.Saya lupa sekarang kadang kalanya kita lupa Tun, rupanya kami ini dah jadi menteri, dah jadi kerajaan. Rindu juga hendak turun ke jalanan, lebih-lebih ketika perhimpunan baru-baru ini. Tetapi saya dah lupa rupanya saya dah jadi menteri," kata beliau dengan nada gurauan ketika berucap di Majlis Makan Amal Pakatan Harapan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, PICC pada Ahad.
Pada majlis yang sama gambar beliau berjaya dilelong pada harga RM10,000.00.
#kerajaan
#Kuala Lumpur
#Mat Sabu
#menteri
#Mohamad Sabu
#Pakatan Harapan
#pembangkang
#perhimpunan
#Putrajaya