Mat Sabu akui Himpunan 12 Jan ingin guling kerajaan

Astro Awani
Januari 16, 2013 23:22 MYT
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengakui dakwaan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Himpunan 12 Januari adalah untuk menggulingkan kerajaan.
Jelasnya, matlamat itu memastikan Pakatan Rakyat memiliki kekuatan untuk menang pada Pilihan Raya ke-13.
Kata Mohamad Sabu, "Memang kami berniat untuk menggulingkan kerajaan pada pilihan raya yang akan datang. Jikalau tiada niat itu, maka kami telah berbohong kepada semua rakyat,”
Dr Mahathir sebelum ini menegaskan Himpunan 12 Januari baru-baru ini adalah bertujuan untuk menggulingkan kerajaan mengikut cara Arab.
Bagaimanapun katanya, ia tidak wajar dan tidak sesuai dilakukan di Malaysia kerana apa yang diperjuangkan adalah berbeza.
#Himpunan 12 Januari #kerajaan #Mohamad Sabu #TUN DR MAHATHIR
;