Masyarakat setuju dengan pembangunan semula Flat Pekeliling

Aizat Sharif
Januari 22, 2014 17:31 MYT
Rata-rata pelayar laman sesawang Astro Awani.com bersetuju dengan rancangan pembangunan semula Flat Pekeliling di Jalan Pekeliling yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Berdasarkan tinjauan undian yang dikelolakan oleh Astro Awani.com mendapati 55.88 peratus orang bersetuju dengan rancangan pembangunan semula itu manakala, 41.18 peratus pula tidak bersetuju manakala 2.94 peratus pula gagal memberikan pendapat mengenai perancangan tersebut.
Malah, melalui Facebook Astro Awani.com, warga media sosial juga turut meluahkan persetujuan mereka terhadap rancangan pembangunan semula kawasan flet tersebut namun pembangunan yang mereka berkehendakan adalah pembangunan perumahan mampu milik kepada rakyat.
Seorang pengguna Facebook, Firman Adi Rahmana Norsalim berpendapat bahawa pembangunan semula kawasan tersebut perlu dilakukan namun bukanlah untuk menjadikannya sebagai pusat komsersil.
Sebaliknya, dia mencadangkan bahawa jika boleh dipertimbangkan untuk menempatkan kuarters kerajaan bagi membela segelintir kakitangan yang berdepan dengan masalah tempat tinggal ekoran harga sewa yang tinggi di ibu kota.
Izaharuddin Mohd Yusop pula berpendapat tanah dikawasan itu sewajarnya dibangunkan projek perumahan mampu milik terutama yang berpendapatan RM2500 ke bawah dan seharusnya nasib rakyat terus dibela kerajaan dan diberi ruang untuk maju.
Sementara itu, ramai pengguna Twitter juga turut bersetuju dengan pembangunan semula kawasan tersebut dan ada juga yang berkongsi kenangan lalu mengenai Flat Pekeliling.

Flat Pekeliling dulu, setiap bulan ada orang bunuh diri. Gua &lain2 tinggal ok je. Tempat yang mereka jatuh berderai tu tempat kami bermain.

— Syfq.Snny (@fiqsunny) January 6, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Habislah kesan nostalgia rumah rakyat Flat Pekeliling nk dijadikn Pusat Komersial.Flat ini dlu lokasi filem Dr Rushdie lakonan P Ramlee.

— Ikhwan Hafiz (@ikhwanhafiz) July 2, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Miss the moment at there. RT"@WeAreKL: Flat Pekeliling 1960 pic.twitter.com/fPW3MeCrCr"

— ♠Muhd Fazir♠™ (@MuhdFazir) January 12, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#DBKL #Flat Pekeliling #pembangunan semula
;