Masyarakat di negara ini semakin kurang makan buah-buahan, malah ada golongan muda yang masih tidak mengenali jenis buah-buahan tempatan atau sayur-sayuran yang terdapat di Malaysia.
Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Melaka Che Samudin Hassan berkata pada masa ini, masyarakat negara ini didapati makan buah-buahan dengan jumlah perkapita hanya 63 kilogram (kg) setahun ataupun kira-kira lima kg sebulan.
"Jumlah ini lapan kali ganda jauh lebih rendah berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dengan jumlah perkapita 400 kg setahun. Justeru, Fama mempergiatkan pelbagai kempen bagi menggalakkan lebih ramai anggota masyarakat memakan buah-buahan tempatan serta sayuran.
"Namun, paling penting ibu bapa perlu memainkan peranan bagi memastikan anak mereka makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan dan Sayur-sayuran Tempatan peringkat Melaka di sini, pada Jumaat.
Kempen makan buah-buahan tempatan itu melibatkan lebih 1,500 pelajar dan murid sekolah rendah dan menengah dari 314 sekolah sekitar negeri ini.
Che Samudin berkata penganjuran kempen makan buah-buahan tempatan merupakan acara tahunan FAMA negeri dan Jabatan Pendidikan negeri dalam usaha memupuk minat golongan muda bermula daripada peringkat sekolah rendah untuk makan buah-buahan tempatan dan sayur-sayuran.
Katanya FAMA negeri menyasarkan penjualan buah-buahan segar berjumlah RM6 juta dengan jumlah outlet sebanyak 30 buah di sekitar negeri itu tahun ini, berbanding nilai jualan RM5 juta pada tahun lepas dengan sejumlah 28 outlet.
Sementara itu, beliau berkata FAMA Melaka akan membina sebuah medan jualan buah-buahan tempatan khususnya bagi buah bermusim di Taboh Naning di Alor Gajah dekat sini, menjelang akhir tahun ini.
Katanya pembinaan medan berkenaan yang dianggarkan melibatkan kos kira-kira RM500,000 itu dijangka menempatkan 10 usahawan buah-buahan tempatan bermusim seperti durian, manggis dan rambutan.
"Sekarang kita sedang mendapatkan kelulusan daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah untuk kerja-kerja pembinaan medan buah-buahan berkenaan.
"Pembinaan medan itu bertujuan untuk menyediakan satu medium jualan buah-buahan tempatan khususnya yang bermusim supaya pengguna mudah membelinya tanpa mengira masa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 30 2018
Masyarakat di negara ini semakin kurang makan buah-buahan, malah ada golongan muda yang masih tidak mengenali jenis buah-buahan tempatan atau sayur-sayuran yang terdapat di Malaysia. -Gambar fail
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
7 tip 'pujuk' anak suka makan buah-buahan
Ikuti perkongsian Dr Mazliana Mazlan cara membiasakan anak-anak pilih buah-buahan dan tidak makan makanan yang tak sihat.
Lang Agro Park tawar pengalaman petik sendiri sayur, buah-buahan segar
Ladang berkeluasan 2.4 hektar itu kini mendapat sambutan penduduk sekitar pulau ini untuk mendapatkan sayuran serta buah-buahan segar.
5 cara elak terlebih makan semasa Aidilfitri
Kesihatan yang terjaga selama sebulan berpuasa, tidak wajar digadaikan begitu sahaja.
Berpuasa, tapi tak turun berat badan? Ini antara sebabnya ...
Sudah lebih separuh bulan berpuasa, adakah iltizam anda untuk turunkan berat badan tercapai?
Bayi kepada ibu bapa 'vegetarian' mati kelaparan
Seorang bayi lelaki berusia 18 bulan mati akibat kelaparan selepas ibu bapanya yang merupakan 'vegetarian' tidak memberikannya makanan selain buah-buahan dan sayur-sayuran.
Daging babi dan buaya antara dirampas MAQIS Perak di LTSAS
Pengarah MAQIS Perak berkata, produk-produk itu cuba dibawa masuk oleh penumpang-penumpang walaupun larangan telah dikeluarkan oleh MAQIS.
MARDI hasrat jadikan Johor hab pengeluaran produk klon berkualiti
Antara produk klon berkualiti yang akan dikomersialkan termasuk Rambutan Mutiara Merah dan Mutiara Wangi, Belimbing Bintang Emas dan Durian MDUR 88.
FAMA sasar kurangkan jurang import sayuran dan buah-buahan
Pendekatan tersebut dilihat berkesan dalam usaha untuk menjimatkan pengaliran wang ke luar negara yang meningkat setiap tahun.
Perut buncit? Ini petua gaya hidup sihat pada usia emas
Gaya hidup sihat perlu dimulakan lebih awal memandangkan kadar metabolisme akan mula menurun seawal usia 30-an.
Penuaan Berjaya: Puasa, makan ulam raja boleh panjang umur?
Warga emas yang berjaya dari segi pemakanan disebabkan mereka kerap berpuasa termasuk amalan puasa sunat dan juga mengambil banyak sayur-sayuran, buah-buahan serta ulam-ulaman.