Masyarakat Bidayuh hebat 'macam cili padi' - Abang Jo

Astro Awani
September 4, 2020 19:25 MYT
Abang Johari menyifatkan Bidayuh komuniti hebat kerana berjaya mencipta keasnya tersendiri meskipun berstatus minorit. - Foto Astro AWANI
Bidayuh bukan etnik majoriti di Sarawak namun mereka mampu berada pada kelasnya tersendiri.
Tidak hairan mengapa Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memandang tinggi kehebatan etnik ini.
Malah Abang Johari mengibaratkan masyarakat Bidayuh umpama cili padi. Kecil tapi berbahang kepedasannya.
"Saya rasa komuniti Bidayuh ini kecil tetapi berbisa. Kuat pedasnya. Itulah perwatakan Orang Bidayuh." kata Abang Johari.
Tambahnya kemampuan masyarakat Bidayuh dibuktikan dengan kejayaan mereka memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan dan swasta.
"Orang Bidayuh pernah menjadi setiausaha kerajaan negeri dan sekarang kita ada timbalan setiausaha timbalan kerajaan negeri.
"Ramai Orang Bidayuh memegang jawatan tertinggi dalam sektor korporat termasuk di PETROS," tambahnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Penyerahan Geran Asrama Komuniti Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) di sini, pada Khamis.
Kompleks asrama sembilan tingkat itu akan dibina di tapak lama dengan kos RM16 juta.
Pembinaanya dijadual bermula januari 2021 dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
Sementara itu Penasihat DBNA, Datuk Seri Michael Manyin Jawong memaklumkan bangunan ikonik itu apabila siap nanti berupaya meningkatkan ekonomi dan pentadbiran DBNA.
"Ini penting kepada kita kerana ada beberapa kemudahan seperti dewan, pondok dan kawasan parkir.
"Jadi dengan adanya hostel komuniti ini bukan hanya dimanfaatkan oleh orang Bidayuh tetapi juga komuniti lain, kata Manyin.
#Abang Johari #Bidayuh #ekonomi #kerajaan #Ketua Menteri #menteri #Sarawak
;