Masukkan jari dalam kemaluan, prebet mengaku tidak bersalah cabul

Sinar Harian
Mac 21, 2018 17:02 MYT
Suspek didakwa atas tuduhan melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 33 yang baru seminggu dikenali melalui aplikasi WeChat. - Foto Sinar Harian
Seorang prebet tentera tidak mengaku salah di mahkamah sesyen, di sini, tadi atas dakwaan melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita dalam pejabat di sebuah kem, di sini.
Tertuduh, Nik Aris Ghazali, 24, didakwa di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin atas tuduhan melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 33 yang baru seminggu dikenali melalui aplikasi WeChat.
Tertuduh didakwa memasukkan jari dalam kemaluan mangsa tanpa kebenaran mangsa di atas katil dalam pejabat Unit 5 Rejimen Artileri Diraja (RAD), Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, antara jam 11.30 malam hingga 12 tengah malam pada 26 November 2017.
Tertuduh turut tidak mengaku atas dakwaan mencabul mangsa sama dalam kejadian itu.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Alias, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Nuri Abdul Rahman.
#kem #Mahkamah Sesyen #Nik Aris Ghazali #prebet tentera #serangan seksual #wanita #WeChat
;