MaSSIVE satu lagi usaha MaGIC semarakkan perniagaan berpandukan impak

Firdaus Azil
Februari 8, 2018 09:49 MYT
ASHRAN: Projek yang boleh memberi impak kepada alam sekitar, atau kepada masyarakat, boleh mendapat bantuan MaSSIVE - Foto Fail/BERNAMA
Program Malaysia’s Social Inclusion & Vibrant Entrepreneurship (MasSIVE), merupakan satu lagi inisiatif Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) bagi mencipta ekosistem yang mampu menjadi pemangkin kepada gerakan perniagaan berpandukan impak (IDE) di rantau ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC, Ashran Ghazi, MasSIVE berperanan untuk membentuk gabungan program buat IDE, menjalinkan kerjasama antara pihak berkepentingan utama, serta mencetuskan perubahan polisi dalam sektor itu.
“Sesiapa sahaja yang mempunyai projek, yang dirasakan boleh memberi impak kepada alam sekitar, atau kepada masyarakat, boleh memperkenalkannya melalui platform yang disediakan, raih dana permulaan, dan kerajaan akan datang untuk memberi sokongan.
“Cabarannya lebih untuk memastikan mereka di luar sana tahu arah mana yang harus mereka tuju bagi mendapatkan sokongan yang lebih luas,” katanya kepada sidang media selepas pelancaran MaSSIVe, di Bangunan MaGIC, Cyberjaya, hari ini.

MasSIVE Impact Day is happening tomorrow! As an individual, MasSIVE Impact Day gives you an opportunity to validate your impact driven ideas and provide you with advise on what it takes to be an IDE and build a scalable business. Find out more: https://t.co/haE34BAfVy pic.twitter.com/tHZAbUhyv8

— Magic Cyberjaya (@MagicCyberjaya) February 7, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Why You Should Attend MaGIC's Impact Day If Youe An Aspiring Change Maker "It an initiative that expected to cultivate and champion impact driven entrepreneurship, and to also build an enabling ecosystem." Read more:https://t.co/ER3ffm9MrZ#MaGICCyberjaya #MasSIVE pic.twitter.com/YggwjWmtaF

— Magic Cyberjaya (@MagicCyberjaya) February 7, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Melalui program itu, MaGIC, bekerjasama dengan Impact4Humanity, iM4U, myHarapan, Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Yayasan Hasanah, eFM, dan ngohub.asia, dalam usaha menyemarakkan sektor IDE, serta menjana pertumbuhan ekonomi inklusif.
Terdahulu, Pengerusi MaGIC, Tan Sri Dr Irwan Siregar berkata, MaGIC telah menjadi penggerak utama dalam usaha Malauysia membangunkan ekosistem IDE yang sihat.
“Saya bangga melihat betapa kita telah melangkah begitu jauh dalam tempoh yang singkat, namun perjalanan ini tidak berhenti di sini.
"Tiba masanya kita mara selangkah lagi ke peringkat pertumbuhan seterusnya,” katanya di hadapan kira-kira 800 individu daripada sektor korporat, pertubuhan bukan kerajaan, perniagaan kecil dan sederhana, serta orang awam.
Mereka yang berminat dengan inisiatif ini boleh mendapatkan maklumat lanjut di http://www.mymagic.my.
#AIM #Ashran Ghazi #eFM #ekosistem #IDE #IM4U #irwan siregar #MaGIC #MaSSIVE #myHarapan #ngohub asia #perniagaan berpandukan impak #Yayasan Hasanah