IPOH: Masjid-masjid di negeri ini perlu mempunyai sistem perakaunan yang lebih baik bagi meningkatkan mutu pengurusan dan pentadbiran di rumah ibadat tersebut, kata Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak Datuk Mohd Fauzi Mohamad.
Beliau berkata sistem perakaunan yang baik dan lebih teratur juga dapat memudahkan lagi pengurusan penerimaan dan penggunaan kutipan masjid sekali gus melicinkan pengurusan kewangan masjid-masjid di negeri ini.
"Kami melihat Jabatan Mufti tiada masalah cuma dari segi pentadbiran agama ada sedikit perhatian perlu diberikan kepada masjid-masjid yang berkisar kepada kutipan tertentu yang tidak mengikuti perakaunan yang baik.
"Tiada banyak masalah pun. Cuma kadang-kadang penerimaan dan penggunaan wang itu tidak jelas. Mungkin boleh buat satu akaun yang mudah untuk rekod kemasukan dan pengeluaran wang, kalau itu boleh laksana dengan baik, tiada apa-apa masalah pengurusan di masjid," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2021-2025 Jabatan Mufti negeri Perak dan Ikrar Bebas Rasuah oleh Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad secara maya hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Fauzi turut memuji kepimpinan Jabatan Mufti negeri Perak yang menyokong SPRM secara berterusan dalam menangani jenayah rasuah habis-habisan sekali gus menunjukkan komitmen yang tinggi dalam membangunkan pelan antirasuah sebagai langkah kawalan dalaman bertujuan mencegah salah laku rasuah.
"OACP merupakan satu daripada usaha dalam menangani pelanggaran rasuah dan integriti serta mengukuhkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan jabatan kepada masyarakat," katanya.
Sementara itu, Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim berkata pelan OACP berkenaan dibangunkan bagi menangani permasalahan dan kelemahan pentadbiran, integriti dan antirasuah dalam kalangan warga jabatan itu.
"OACP yang dirangka Jawatankuasa OACP Jabatan Mufti telah mengenal pasti sebanyak 79 inisiatif atau pelan tindakan yang merangkumi lima bidang keutamaan iaitu perolehan dan kewangan, sumber manusia dan pentadbiran, fatwa, falaq dan maktabah serta lima strategi dalam mencegah salah guna kuasa dan rasuah yang dimantapkan 15 objektif strategi.
"Pelan ini diharap akan menjamin reputasi dan prestasi Jabatan Mufti sebagai sebuah agensi kerajaan daripada pelbagai penemuan dan peraturan yang sedang dikuat kuasa atau tohmahan rasuah atau data kelakuan dalam kalangan warga jabatan," katanya.
Dalam pada itu, Saarani berkata usaha memerangi gejala rasuah memerlukan evolusi berterusan selari dengan perubahan semasa jenayah yang dilihat semakin sofistikated.
"Mendepani cabaran ini, kita perlu memastikan OACP yang hendak dilaksanakan ini benar-benar ampuh. OACP ini sarat dengan perancangan inisiatif tetapi isu pokoknya adalah bagaimana kita hendak melaksanakannya agar ia benar-benar mampu menyekat kegiatan rasuah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 26 2021

SPRM berpandangan sistem perakaunan yang baik dan lebih teratur dapat memudahkan lagi pengurusan penerimaan dan penggunaan kutipan masjid sekali gus melicinkan pengurusan kewangan masjid-masjid di negeri ini.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes mencabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.

Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri sebaiknya.

Pengurusan surau, masjid berusia puluhan tahun disaran periksa sistem pendawaian
Langkah itu bertujuan mengelak insiden litar pintas yang boleh menyebabkan kebakaran sekali gus mengancam keselamatan jemaah.

Banjir: Masjid seliaan JAKIM, JAWI anjur solat hajat esok
Kesemua masjid berkenaan akan mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan susulan bencana banjir, esok selepas solat Jumaat.

Mendapan tanah: Masjid di Kampung Bawah Bukit masih selamat digunakan - JKR Perlis
Masjid As-Solihin di Kampung Bawah Bukit, Chuping dekat sini masih selamat untuk digunakan orang ramai setakat ini meskipun berlaku mendapan tanah.

Dua warga Pakistan antara empat maut dalam tembakan berhampiran masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat tembakan di sekitar masjid di kawasan Wadi al-Kabir di ibu negara, Muscat.

Tembakan di masjid di Muscat, polis Oman lancar siasatan
Polis memaklumkan semua langkah dan prosedur keselamatan yang diperlukan telah diambil sebagai tindak balas terhadap insiden itu.

Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.

JAKIM saran institusi masjid teroka teknologi AI
JAKIM menyarankan institusi masjid di negara ini memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) sejajar dengan hasrat kerajaan dalam pendigitalan penyampaian perkhidmatan.

Misteri 'hantu ketawa' atas bumbung masjid terungkai
SUARA misteri wanita ketawa di sebuah masjid yang menakutkan penduduk setempat sejak beberapa hari lalu akhirnya terjawab.